CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

June 12, 2015

THROWBACK 1 - PERKENALAN

Assalamualaikum readers..Ada ke readers belog ni???Haha. Tiba-tiba hari ni aku teringat pulak tentang perkenalan aku dan Encik Suami dulu. Kalau tak silap aku, kitorang kenal masa aku tengah study nursing kat Subang Jaya, masa tu dah tahun akhir, tahun 2011.

Alkisahnya aku ni jenis yang suka baca novel dan cerpen melayu. Pendek kata sangat-sangat addicted la. Dulu aku selalu masuk ke website penulisan2U, kadang-kadang aku sembang-sembang dengan kenalan baru dekat chat box dalam website tu ( sekarang tak pasti ada lagi ke tak.Dah 3 tahun aku tak buka). Encik Suami salah seorang kenalan baru aku dalam chat box tu (selalu borak ramai-ramai).

Bermula dari situ aku dan Encik Suami mula add Facebook masing-masing dan online Yahoo Messenger ( sekarang dah tak ingat password) Boleh dikatakan setiap malam aku sembang dengan dia dekat YM, mula kenal-kenal dan borak-borak biasa je. Mostly dia selalu tanya tentang pengajian aku dan aku selalu tanya tentang kerja dia. Maklumlah Encik Suami dah kerja waktu tu.

Masa aku kenal dengan Encik Suami aku ni pon seingat aku masa tu aku baru break dengan exBF aku yang dah couple since Form 4. Entahla, takde jodoh, nak kata frust sampai tertonggeng tu tak lah kot sebab aku boleh makan tidur lagi, takde simptom kemurungan pon..Hahaha..

Sebabkan selalu borak-borak aku dah tersuka dah kat Encik Suami ni, sebab selesa nak sembang dan minta pendapat. Mungkin sebab dia lebiih matang dalam banyak hal. Mungkin waktu tu dia pon rasa apa yang aku rasa kot, jadi dia bagi number fon dia kat aku. Aku pun simpan la,mula-mula ingatkan taknak la aku bagi number fon aku. Tapi last-last bagi jugakla, mungkin dia ikhlas nak kenal kan?.

Tiap-tiap malam lepas settle semua kerja dia akan call aku, awalnya malu jugak, sampai tak tahu nak sembang apa, padahal masa kat YM bukan main ramah. Agaknya kalau setiap patah yang aku taip tu bersuara mesti dah kategori becok dah kot.

Lepas dah berbulan-bulan kenal aku mesej kat mak kat kampung macam ni ::::
 " Mak kak kenal dengan sorang kawan laki ni, orang Ipoh."

Mak aku balas balik ::::
" Belajaq bagi habis dulu lepas tu kerja.Adik-adik sekolah lagi"

Sentap tauuu.... Malu aku, haha nampak sangat kegatalan aku disitu kan. Haha.. Tapi tak kisahla yang pasti aku saja je bagi tahu mak aku kawan dengan sape, bukan mintak nak kahwin terus pon. Asalkan aku tak malukan mak bapak aku sudahla dan tamatkan pengajian aku tuh.

Masa awal perkenalan aku dengan Encik Suami dia kerja di Ipoh. Mungkin aturan Allah, beberapa bulan lepas tu dia dapat offer kerja di KL (asalnya bukan KL,cuma lapor diri di Kepong dan ditempatkan di Perak.Disebabkan ada orang lama bertukar ke Perak jadi dia yang menggantikan tempat orang tu)..

Masa tu aku masih study lagi dekat Subang Jaya sampai End Of Disember. Aku ingat dah berakhir setakat tu je perkenalan kami. Empat bulan aku menjadi penganggur terhormat di kampung aku di Perlis. Alhamdulillah pada 2 April 2012 aku pergi lapor diri di JKN Pulau Pinang sebagai Jururawat Terlatih.
Sepanjang aku jadi penganngur dan sampai aku dapat kerja dia banyak ambil berat tentang aku. Masa aku kat Penang dia selalu melawat, bantu apa yang patut.

Dia dah banyak kali ajak kahwin sepanjang masa tu, tapi aku je yang tak bersedia, dari segi kewangan terutamanya lah, sebab baru kerja, adik-adik pon ramai yang belum  lepas. Syukur sangat-sangat Encik Suami memahami aku masa tu. Dia still tunggu aku, sampai tahun 2014 aku buka cerita kat parent aku yang aku kenal dengan dia, dan diaa ajak kahwin. Masa tu bapak aku macam tak berapa setuju, tapi dalam masayang sama asyik tanya mak bila aku nak bawak jumpa.

Seingat aku sekali je aku bawak dia balik jumpa mak bapak aku dalam tahun 2014 (tak ingat bulan berapa). Dia cakap nak hantar rombongan lepas raya puasa. Then lepas raya rombongan Encik Suami datang merisik dan terus bertunang(buat sekai terus mak cakap,sebab jauh nak datang). 3 bulan je bertunang. Bulan Ogos bertunang,Bulan November nikah.  Itu jelah kot aku nak citer, bai.bai.bai.. Assalamualaikum.





June 8, 2015

PHOTOGRAPHER WEDDING


Assalamualaikum. Semangat pulak aku nak tulis blog hari ni. Cuma nak share kat sihi servis photographer yang aku gunakan masa wedding aku tahun lepas. Entry dah basi sebenarnya, tapi aku nak share jugak.

Nak dijadikan cerita aku tahu pasal photographer ni pon sebab aku tengok gambar wedding member sekolah. Terpegun sat nokss. Cantik betol editing beliau. Kalau nak guna servis dia ni boleh search dekat Facebook nama page ni : KhairulAfif . Photography or akaun Facebook beliau Khairul Afif Fauzie .

Orangnya pon tak sombong,peramah yang penting kreatif. Hehehe...... Aku booked beliau pon masa bulan Mei or Jun 2014. Masa tu bertunang pon belom. gelojoh kan aku ni?? Hahaaa aku tak kisah asal aku dapat beliau jadi photographer aku masa akad nikah dan kenduri nanti. Bertunang bulan Ogos then nikah 22 November 2014.

Sesape yang nak beliau shoot gambar wedding paling cantik korang better book awal2.. Nanti melepas pulak korang. Hah masa tuh baru nak nanges2 guling2 ye dak? Ok la aku rasa setakat tu je nak merepek..aku share sikit gambar hasil tangan beliau okay.. Till then Assalamualaikum. (^_^)


Anak sape entah,rajin betul tolong >_<

Nie gambaq dengan member2 sekolah  :P

Malu2 miaw plak.Hahaha..

Okay, yang ni *Blushing* kejap..



June 7, 2015

TRANSFER




Pejam celik pejam celik dah 5 bulan 15 hari aku dan Encik Suami bernikah. Alhamdulillah, semoga bahagia milik kami dunia dan akhirat. Bahagia bertambah2 lah famili besar aku sebab dah tambah ahli baru. Bila berkumpul meriah macam nak pecah rumah je rasanya.

Aku doakan suatu hari aku dan Encik Suami dapat tinggal sebumbung. Dah 5 bulan lebih kahwin masih ulang alik Penang ->KL ->Ipoh ->Perlis... Haaa,,,ambek kau 4 rumah tu.. Rumah sewa aku,rumah sewa Encik Suami, rumah mentua dan rumah makbapak aku. Fuhhh duit habis macam air mengalir je.

Ramai yang tanya, Bila nak isi borang transfer ikot Encik Suami?? Aku pon dah speechless, tak tau nak cakap apa. Bukan aku tak mau tinggal dengan Encik Suami, aku nak!! Tapi aku berat hati nak tinggal di KL tuhh. Yalah aku keje kat Penang, famili aku kat Perlis ada apa2 hal urgent aku boleh rushing balik je, 2 jan setengah dah sampai..Kalau kt KL mau 8 jam baru sampai.

Memang aku sebagai isteri kena ikot suami tapi aku anak sulung, aku rasa aku bertanggungjawab atas famili aku..adik2 semua study lagi. Lagipon dah alang2 Encik Suami pon nak keluar dari KL aku tunggu jelah dia dapat transfer dulu. Kalau tak boleh jugak baru aku isi borang jelah nanti.

Harapnya cepatla Encik Suami jumpa pengganti untuk isi tempat dia. Sabar.......

May 14, 2015

Come Back

Buat pertama kalinya selepas 1 tahun setengah menyepikan diri aku kembali menulis. Semoga 'diari' ni dapat mencatat setiap yang berlaku dalam kehidupan aku Segala pos tak berapa matang aku sebelum ni telah di delete. 😱😥.

Followers

Labels

diary (3) kahwin (1) married life (2) my day (1) photo (1) throwback (1) wedding (1)